Saturday, September 5, 2009

INCOMING EVENTS

Salam TNT~

Setelah sekian lama TNT menyepi sejak menjadi Naib Johan Festival Teater Johor yang lalu...TNT kembali mengganas...!

Berikut adalah aktiviti-aktiviti TNT yang akan datang...

1)Praktikal Produksi Teater 2009(PPT 2009)

Pada tahun 2008, TNT telah berjaya mengadakan PPT 2008. Hasil daripada PPT 2008, TNT melahirkan bakat-bakat teater yang baru melalui 2 produksi yang telah di bentuk iaitu Produksi Penunggu Pusaka dan Produksi Ludin. Produksi Penunggu Pusaka telah mewakili UTM ke Festival teater Johor dan menjadi Naib Johan. PPT 2009 diharapkan akan mengikut jejak langkah yang sama. PPT adalah aktiviti tahunan TNT.

2)Festival Teater MAKUM 2009

Festival yang melibatkan kesemua IPTA di seluruh Malaysia ini adalah antara festival yang di nanti-nanti oleh semua warga TNT. Pada FTM 2007, TNT membawakan Teater 'Si Bereng- Bereng' dan memenangi anugerah pelakon wanita terbaik. Pada FTM 2008, TNT mempertaruhkan Teater 'Ke Mana Itik Terbang' dan membawa pulang anugerah pelakon harapan lelaki terbaik. Pemilihan pelakon dan produksi akan bermula tidak lama lagi. Hanya ahli TNT yang berkomitmen tinggi sahaja yang mempunyai peluang ke pentas teater Festival Teater MAKUM. Jadi...tunjukkan komitmen anda dan jadilah yang terbaik.. ;)

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti TNT yang akan dijalankan. Yang terduga, dan yang tak terduga. So for all TNTians, make urself prepared~

0 comments: