Friday, September 4, 2009

Titik permulaan kewujudan kami


Ditubuhkan pada tahun 2007, Teen n Theatre (TnT) merupakan sebuah kumpulan teater yang bernaung di bawah Persatuan Kesenian Citra Daksina,Unit Kebudayaan UTM. Dianggotai mahasiswa UTM dari pelbagai peringkat kursus dan tahun pengajian, TnT telah berjaya mementaskan beberapa persembahan teater sama ada persembahan untuk majlis rasmi mahupun pertandingan antara IPTA (Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia-MAKUM) iaitu :

1. Teater Anak Merdeka (2007) (sempena sambutan Malam Ambang Kemerdekaan 2007 peringkat UTM dan Sambutan Ambang Kemerdekaan di Skudai Parade)

2. Ke Mana Itik Terbang ? (2008) (sempena Festival Teater MAKUM 2008)



3. Amanat Warisan Terakhir (2008) (sempena sambutan Malam Ambang Kemerdekaan 2008 peringkat UTM)

4. Praktikal Produksi Teater (PPT) (2008) (produksi LUDIN dan PENUNGGU PUSAKA)

5. Lanar Lantana (2009) (sempena sambutan Hari AIDS sedunia anjuran AISEC UTM)

6. Produksi Monolog LONTARAN EMOSI (2009)




7. Seperti Manik Putus Dari Karangan (2009)
(sempena Festival DEKON MAKUM 2009)


TNT akan terus menggegarkan pentas teater!!

0 comments: