Monday, September 28, 2009

Praktikal Produksi Teater 2009

Salam Perpaduan.

Penantian kini berakhir. Praktikal Produksi Teater 2009 akan bermula tidak lama lagi.
Berikut merupakan maklumat mengenai program ini :

Tarikh : 3 - 18 Oktober 2009
Tempat : Sekitar Dewan Sultan Iskandar dan Unit Kebudayaan UTM
Penglibatan : Semua ahli Teen n Theater

Pada 30 September 2009 (Rabu) jam 5 petang akan diadakan perjumpaan pertama semua ahli TNT untuk pembahagian produksi dan naskhah skrip. Diharap agar semua ahli TNT dapat menghadirkan diri di Unit Kebudayaan pada waktu yang telah ditetapkan. Kepada pelajar UTM yang berminat, anda boleh menghadirkan diri pada waktu yang telah dinyatakan. Inilah peluang anda untuk melangkah lebih maju di dalam bidang teater dan mungkin anda berpeluang mewakili UTM di dalam Festival Teater MAKUM 2009.

See u there!

Sunday, September 6, 2009

Pencapaian TNT

Antara kejayaan-kejayaan TNT :

1)Festival Teater MAKUM 2007
Pelakon Harapan Wanita Terbaik - Nur Myra Rahayu Razali
Naskhah 'Si Bereng-Bereng' karya Khalid Salleh
Arahan : Wan

2)Festival Teater MAKUM 2008
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Khairul Hazlan Hamzah
Naskhah 'Ke mana Itik Terbang?' adaptasi dari karya Tewfik Al-Hakim
Arahan : Mohd Dzul Hakim Wirzal

3) Festival Dekon MAKUM IPTA 2009
Naib Johan Dekon 2009
Sinografi Dekon Terbaik
Naskhah 'Seperti Manik Putus dari Karangan' karya Tiyenti Yutiyem
Arahan : Mohd Dzul Hakim Wirzal
Pengarah Artistik : Mohamad Saufi Bero
Pelakon : Mohd Shamshemun Mohamed

4)Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Johor 2009
Kategori Teater
Naib Johan
Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik - Nur Ashikin Arif
Naskhah 'Penunggu Pusaka' karya Zakaria Arifin
Arahan : Mohammad Razi Jamit

Kategori Monolog
Naib Johan
Naskhah 'Seperti Manik Putus dari Karangan' karya Tiyenti Yutiyem
Arahan : Mohd Dzul Hakim Wirzal
Pengarah Artistik : Mohamad Saufi Bero
Pelakon : Mohd Shamshemun Mohamed

Saturday, September 5, 2009

INCOMING EVENTS

Salam TNT~

Setelah sekian lama TNT menyepi sejak menjadi Naib Johan Festival Teater Johor yang lalu...TNT kembali mengganas...!

Berikut adalah aktiviti-aktiviti TNT yang akan datang...

1)Praktikal Produksi Teater 2009(PPT 2009)

Pada tahun 2008, TNT telah berjaya mengadakan PPT 2008. Hasil daripada PPT 2008, TNT melahirkan bakat-bakat teater yang baru melalui 2 produksi yang telah di bentuk iaitu Produksi Penunggu Pusaka dan Produksi Ludin. Produksi Penunggu Pusaka telah mewakili UTM ke Festival teater Johor dan menjadi Naib Johan. PPT 2009 diharapkan akan mengikut jejak langkah yang sama. PPT adalah aktiviti tahunan TNT.

2)Festival Teater MAKUM 2009

Festival yang melibatkan kesemua IPTA di seluruh Malaysia ini adalah antara festival yang di nanti-nanti oleh semua warga TNT. Pada FTM 2007, TNT membawakan Teater 'Si Bereng- Bereng' dan memenangi anugerah pelakon wanita terbaik. Pada FTM 2008, TNT mempertaruhkan Teater 'Ke Mana Itik Terbang' dan membawa pulang anugerah pelakon harapan lelaki terbaik. Pemilihan pelakon dan produksi akan bermula tidak lama lagi. Hanya ahli TNT yang berkomitmen tinggi sahaja yang mempunyai peluang ke pentas teater Festival Teater MAKUM. Jadi...tunjukkan komitmen anda dan jadilah yang terbaik.. ;)

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti TNT yang akan dijalankan. Yang terduga, dan yang tak terduga. So for all TNTians, make urself prepared~

Kerabat Kreatif TnT

Teen n Theater mempunyai organisasinya tersendiri...
Mari kita lihat siapakah insan-insan yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan TNT

Penasihat
En. Mohd Fauzi bin Abdul Rais
Perintis TNT
Mohd Dzul Hakim Wirzal
Nur Myra Rahayu Razali
Mohd Hakiem Zazali
Arfah Saadah Aripin
Wan Izzul Shahiran Wan Kamarhalawi
Nasrul Fikry Che Pa
Ahmad Khalis
Mohd Suffian Sulaiman
Syed Zulfahmi
Pengerusi
Nor Syazwani binti Abdul Ghaffar
Naib Pengerusi 1
Emirul Adzwan bin Yahya
Naib Pengerusi 2
Hamzatul Hanim Husin
Setiausaha
Nur Hidayah binti Bohari
Bendahari
Ezzatul Farhain Azmi

Anda ingin tahu siapakah orang-orang yang lebih kuat dari mereka? Tanpa mereka TNT tidak akan berdiri gah seperti sekarang...

TNT kini mempunyai lebih daripada 100 orang ahli di serata UTM. Mereka terdiri daripada pelajar berlainan kursus dan tahun pengajian. Siapa sangka...bakal guru, engineer, ahli kimia, saintis, jutawan......yang ada di sekeliling anda juga adalah seorang penggiat seni teater. So guys... U should proud to be one of TNT~

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada kami, jangan malu dan segan untuk melangkah ke Unit Kebudayaan UTM, Aras 4 DSI untuk pendaftaran.

Friday, September 4, 2009

Titik permulaan kewujudan kami


Ditubuhkan pada tahun 2007, Teen n Theatre (TnT) merupakan sebuah kumpulan teater yang bernaung di bawah Persatuan Kesenian Citra Daksina,Unit Kebudayaan UTM. Dianggotai mahasiswa UTM dari pelbagai peringkat kursus dan tahun pengajian, TnT telah berjaya mementaskan beberapa persembahan teater sama ada persembahan untuk majlis rasmi mahupun pertandingan antara IPTA (Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia-MAKUM) iaitu :

1. Teater Anak Merdeka (2007) (sempena sambutan Malam Ambang Kemerdekaan 2007 peringkat UTM dan Sambutan Ambang Kemerdekaan di Skudai Parade)

2. Ke Mana Itik Terbang ? (2008) (sempena Festival Teater MAKUM 2008)



3. Amanat Warisan Terakhir (2008) (sempena sambutan Malam Ambang Kemerdekaan 2008 peringkat UTM)

4. Praktikal Produksi Teater (PPT) (2008) (produksi LUDIN dan PENUNGGU PUSAKA)

5. Lanar Lantana (2009) (sempena sambutan Hari AIDS sedunia anjuran AISEC UTM)

6. Produksi Monolog LONTARAN EMOSI (2009)




7. Seperti Manik Putus Dari Karangan (2009)
(sempena Festival DEKON MAKUM 2009)


TNT akan terus menggegarkan pentas teater!!